I. PENDIDIKAN PADA ZAMAN RASULULAH (SAW)
Pendidikan pada zaman Rasululah (saw) merangkumi tiga perkara asas iaitu pendidikan akidah,pendidikan akhlak dan pendidikan syariah (ubudiyah).
1. Pendidikan di Makkah.
a. Rasulullah (saw) telah menyampaikan ilmu secara sulit kepada ahli keluarga terdekat seperti isterinya Khadijah, sepupunya Ali bin Abi Talib dan beberapa orang yang rapat dengan baginda.
b. Kaedah yang digunakan ketika penyampaian ilmu adalah secara lemah lembut supaya orang ramai tertarik untuk belajar.
c. Rumah al-Arqam ialah tempat pendidikan Islam pertama. Baginda dan sahabatnya sering bermesyuarat bagi mengatur kaedah dan strategi berdakwah.
d. Hampir tiga tahun baginda menyampaikan ilmu secara sulit, lalu diturunkan ayat yang meminta baginda menyampaikannya secara terbuka. Rasulullah (saw) telah menggunakan kaedah berpidato dan berceramah di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di pasar Ukaz dan di sekitar Kaabah ketika musim haji.
e. Pendidikan di Makkah lebih tertumpu kepada perkara akidah dan akhlak. Akidah ialah kepercayaan yang menghubungkan seseorang dengan penciptanya. Rasulullah (saw) menyampaikan segala perintah Allah (swt) kepada manusia dan menyeru mereka menyembah Allah (swt) semata-mata tanpa melakukan penyekutuan terhadapNya. Selain itu perkara lain yang menyentuh akidah ialah kepercayaan kepada hari pembalasan, mempercayai malaikat, dan kepercayaan kepada untung nasib seseorang samada baik atau buruk.
f. Manakala, aspek akhlak yang diberi penekanan oleh Rasulullah (saw) ialah menganjurkan manusia agar berakhlak mulia kerana akhlak terpuji sahaja dapat berdamping Allah (swt).
g. Baginda mengajar manusia supaya mengamalkan sifat sederhana, tolong menolong, dan selalu bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah (swt).
2. Pendidikan Islam Pada Masa Rasulullah di Madinah
Di dalam pendidikan di Madinah Rasulullah SAW. Menempati dua jabatan yaitu sebagai tokoh agama dan sebagai pemimpin Negara. Yang mana berkaitan mengenai kehidupan sosial masyarakat dan polotik (siyasah).
a. Setelah terbina masjid Quba’ dan Masjid Nabawi, sistem pendidikan Islam mengalami perubahan. Masjid telah menjadi sekolah yang pertama dalam sistem pendidikan lslam.
b. Konsep pendidikan di Madinah lebih tertumpu kepada perkara ibadat dan syariah tanpa melupakan soal-soal yang lain.
c. Dalam pendidikan ibadah, terdapat perkara yang diwajibkan seperti solat Jum’at. Selain itu, terdapat juga perkara yang disunatkan seperti solat hari raya.
d. Pendidikan berpuasa telah bermula pada tahun ke dua Hijrah dan ibadat Haji pula bermula pada tahun keenam Hijrah. Selain itu, pendidikan zakat dan hukum perkahwinan turut diperkenalkan.
e. Selain itu pendidikan membaca dan menulis telah diperkembang. Rasullulah s.a.w telah memerintahkan para sahabat yang pandai menulis dan membaca supaya mencatit dan menulis ayat-ayat al-Quran yang diwahyukan. Mereka juga di minta supaya mengajar umat Islam yang tidak tahu menulis dan membaca.
II. PENDIDIKAN ISLAM PADA MASA KULAFA AL-RASYIDIN
Tahun-tahun pemerintahan Khulafa al-Rasyidin merupakan perjuangan terus menerus antara hak yang mereka bawa dan dakwahkan kebatilan yang mereka perangi dan musuhi. Pada zaman khulafa al-Rasyidin seakan-akan kehidupan Rasulullah SAW itu terulang kembali. Pendidikan islam masih tetap memantulkanAl-Qur’an dan Sunnah di ibu kota khilafah di Makkah, di Madinah dan di berbagai negri lain yang ditaklukan oleh orang-orang islam.
Berikut penguraian tentang pendidikan Islam pada masa Khulafa al- Rasyidin:
1. Masa Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
Pola pendidikan pada masa Abu Bakar masih seperti pada masa Nabi, baik dari segi materi maupun lembaga pendidikannya. Dari segi materi pendidikan Islam terdiri dari pendidikan tauhid atau keimanan, akhlak, ibadah, kesehatan, dan lain sebagainya. Menurut Ahmad Syalabi lembaga untuk belajar membaca menulis ini disebut dengan Kuttab. Kuttab merupakan lembaga pendidikan yang dibentuk setelah masjid, selanjutnya Asama Hasan Fahmi mengatakan bahwa Kuttab didirikan oleh orang-orang Arab pada masa Abu Bakar dan pusat pembelajaran pada masa ini adalah Madinah, sedangkan yang bertindak sebagai tenaga pendidik adalah para sahabat rasul terdekat.
Lembaga pendidikan Islam masjid, masjid dijadikan sebagai benteng pertahanan rohani, tempat pertemuan, dan lembaga pendidikan Islam, sebagai tempat shalat berjama’ah, membaca Al-qur’an dan lain sebagainya.
2. Masa Khalifah Umar bin Khattab
Berkaitan dengan masalah pendidikan, khalifah Umar bin Khattab merupakan seorang pendidik yang melakukan penyuluhan pendidikan di kota Madinah, beliau juga menerapkan pendidikan di masjid-masjid dan pasar-pasar serta mengangkat dan menunjuk guru-guru untuk tiap-tiap daerah yang ditaklukan itu, mereka bertugas mengajarkan isi al Qur’an dan ajaran Islam lainnya. Adapun metode yang mereka pakai adalah guru duduk di halaman masjid sedangkan murid melingkarinya.
Pelaksanaan pendidikan di masa Khalifah Umar bin Kattab lebih maju, sebab selama Umar memerintah Negara berada dalam keadaan stabil dan aman, ini disebabkan disamping telah ditetapkannya masjid sebagai pusat pendidikan juga telah terbentuknya pusat-pusat pendidikan Islam di berbagai kota dengan materi yang dikembangkan, baik dari segi ilmu bahasa, menulis, dan pokok ilmu-ilmu lainnya.
Pendidikan dikelola di bawah pengaturan gubernur yang berkuasa saat itu,serta diiringi kemajuan di berbagai bidang, seperti jawatan pos, kepolisian, baitulmal dan sebagainya. Adapun sumber gaji para pendidik waktu itu diambilkan dari daerah yang ditaklukan dan dari baitulmal.
3. Masa Khalifah Usman bin Affan.
Pada masa khalifah Usman bin Affan, pelaksanaan pendidikan Islam tidak jauh berbeda dengan masa sebelumnya. Pendidikan di masa ini hanya melanjutkan apa yang telah ada, namun hanya sedikit terjadi perubahan yang mewarnai pendidikan Islam. Para sahabat yang berpengaruh dan dekat dengan Rasulullah yang tidak diperbolehkan meninggalkan Madinah di masa khalifah Umar, diberikan kelonggaran untuk keluar di daerah-daerah yang mereka sukai. Kebijakan ini sangat besar pengaruhnya bagi pelaksanaan pendidikan di daerah-daerah.
Proses pelaksanaan pola pendidikan pada masa Usman ini lebih ringan dan lebih mudah dijangkau oleh seluruh peserta didik yang ingin menuntut dan belajar Islam dan dari segi pusat pendidikan juga lebih banyak, sebab pada masa ini para sahabat memilih tempat yang mereka inginkan untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat.
Tugas mendidik dan mengajar umat pada masa ini diserahkan pada umat itu sendiri, artinya pemerintah tidak mengangkat guru-guru, dengan demikian para pendidik sendiri melaksanakan tugasnya hanya dengan mengharapkan keridhaan Allah.
4. Masa Khalifah Ali bin Abi Thalib
Pada masa Ali telah terjadi kekacauan dan pemberontakan, sehingga di masa ia berkuasa pemerintahannya tidak stabil. Dengan kericuhan politik pada masa Ali berkuasa, kegiatan pendidikan Islam mendapat hambatan dan gangguan. Pada saat itu Ali tidak sempat lagi memikirkan masalah pendidikan sebab keseluruhan perhatiannya itu ditumpahkan pada masalah keamanan dan kedamaian bagi seluruh masyarakat Islam.
5. Pusat-Pusat Pendidikan Pada Masa Khulafa Al-Rasyidin Antara Lain:
1. Makkah
2. Madinah
3. Basrah
4. Kuffah
5. Damsyik (Syam)
6. Mesir.
6. Kurikulum Pendidikan Islam Masa khulafa al Rasyidin (632-661M./ 12-41H)
Sistem pendidikan islam pada masa khulafa al-Rasyidin dilakukan secara mandiri,tidak dikelola oleh pemerintah, kecuali pada masa Khalifah Umar bin al;khattab yang turut campur dalam menambahkan materi kurikulum pada lembaga kuttab.
Materi pendidikan islam yang diajarkan pada masa khalifah Al-Rasyidin sebelum masa Umar bin Khattab, untuk pendidikan dasar:
a. Membaca dan menulis
b. Membaca dan menghafal Al-Qur’an
c. Pokok-pokok agama islam, seperti cara wudlu, shalat, shaum dan sebagainya
Ketika Umar bin Khattab diangkat menjadi khalifah, ia menginstruksikan kepada penduduk kota agar anak-anak diajari:
a. Berenang
b. Mengendarai unta
c. Memanah
d. Membaca dan menghapal syair-syair yang mudah dan peribahasa.
Sedangkan materi pendidikan pada tingkat menengah dan tinggi terdiri dari:
a. Al-qur’an dan tafsirnya
b. Hadits dan pengumpulannya
c. Fiqh (tasyri’)
III. SISTEM PENDIDIKAN ZAMAN UMAIYAH
1. Institusi Pendidikan
a. Masjid dijadikan institusi pndidikan utama seperti masjid Kufah dan Basrah.
b. Istana khalifah dijadikan tempat belajar dan perpustakaan yang menyimpan segala bahan bacaan.
c. Bahan bacaan Yunani diterjemahkan dalam kesusasteraan Arab
d. Terdapat juga Khuttab iaitu sekolah permulaan.
2. Terdapat dua jenis khuttab
a. Untuk orang awam yang dikenakan yuran pengajian.
b. Khuttab al-Sabil untuk kanak-kanak miskin yang tidak dikenakan yuran pengajian.
c. Pengajian al-Quran dan asas ilmu agama ditekankan di khuttab.
d. Kaedah pengajian berbentuk Halaqah,iaitu seseorang guru duduk di tengah dan dikelilingi oleh murid-murid.
3. Tenaga Pengajar
a. Guru-guru di masjid mpunyai ilmu pengetahuan yang kukuh dan memiliki pelbagai pengetahuan lain.
b. Mereka mengajar dengan ikhlas tanpa mengharapkan gaji.
c. Guru-guru di Istana di gelar Muaddib dan kurang berpengetahuan berbanding guru-guru di masjid.
d. Mereka bukan sahaja mengajar ilmu tetapi mendidik anak-anak khalifah.
e. Antara ulama yang terkenal yang menjadi guru di masjid ;
1) Abdullah bin Abbas ; ahli tafsir, Hadis, Fekah dan Sastera.
2) Hassan al-Basri ; ahli fekah, usuluddin, dan murid beliau yang terkenal ialah Wasil bin Ata’ iaitu pengasas mazhab Mu’tazillah.
4. Mata Pelajaran Yang Diajar
a. Pengajian seni muzik dan puisi berpusat di Makkah dan Madinah.
b. Pengajian kesusasteraan dan ilmiah berpusat di Kufah dan Basrah. Khutbah, syarahan, dan puisi menjadi subjek yang utama untuk menyampaikan propaganda kerajaan Bani Umaiyah.
c. Semasa pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz, ilmu falsafah telah diajar.
d. Ilmu Qiraat (ilmu membaca al-Quran) dikembangkan.
e. Ilmu diajar di masjid-masjid di Damsyik, Madinah, Kufah, dan Basrah.
f. Al-Quran juga diletak titik dan tanda serta tanda tanwin dan syaddah. Tugas tersebut dilakukan oleh Nasir bin Asim
5. Sistem Pengajaran
a. Pendidikan secara terbuka di Khuttab dan masjid telah menjadikan rakyat berlumba-lumba mengejar ilmu pengetahuan.
b. Penyebaran agama Islam telah meluas dan perlu kepada sistem pendidikan bagi mengajar penganut-penganut baru agama Islam.
c. Kemunculan ilmu falsafah yang menjadi senjata untuk mematahkan hujah orang Yahudi dan Nasrani.
d. Ilmu sejarah juga membantu perkembangan sistem pendidikan untuk memahami ilmu ketatanegaraan, sistem pemerintahan dan pentadbiran serta memahami peristiwa masa lalu.
IV. PENDIDIKAN ISLAM BANI ABBASIYAH
1. Institusi Pendidikan
a. Pada zaman khalifah Al-Makmun, Baghdad menjadi pusat pendidikan yang masyhur di dunia.
b. Pada zaman khalifah Harun Al-Rasyid, di dirikan Baitulhikmah pusat pengajian dan terjemahan.
c. Di Kaherah terdirinya Dar Al-Hikmah. Di Syria wujudnya madrasah Nuriyah Al-Kubra.
d. Pada tahun 459 Hijrah, sebuah institusi pendidikan tinggi di Naisabur, iaitu Madrasah Nizamiyyah yang didirikan di zaman pemerintahan Bani Saljuk di bawah pimpinan Perdana Menteri Nizam Al-Muluk.
e. Terdapat juga pusat pengajian yang lebih rendah disekitar Baghdad seperti Khuttab dan tempat pengajian umum seperti perpustakaan, istana, kedai-kedai buku dan sebagainya.
2. Tenaga Pengajar
a. Guru dipandang tinggi oleh masyarakat serta diberi gaji yang tinggi.
b. Kebanyakan Khalifah Bani Abbasiyyah mencintai ilmu pendidikan dan kesusasteraan serta menjadi penaung.
c. Pada zaman ini lahir beberapa orang tokoh ulamak seperti Imam Abu Hanifah( 150 Hijrah), Imam Malik( 178 Hijrah), Imam Syafie ( 204 Hijrah), Imam Ahmad ( 241 Hijrah) dan lain-lain.
3. Mata pelajaran yang diajar
a. Di Khuttab, diajar menulis, membaca, mengira serta mengaji dan membaca Al-Quran
b. Di peringkat menengah, semua bidang diajar seperti falsafah, matematik,kimia, dan astronomi.
4. Sistem pengajaran
a. Terbagi kepada dua, iaitu sistem bersekolah dan sistem halaqah.
b. Murid-murid di peringkat sekolah rendah menggunakan batu tulis dan pena batu.
c. Bahan bacaan ialah Al-Quran, beberapa rangkap syair, dan bahan-bahan yang mudah serta kitab nahu dan sastera.
d. Peringkat menengah, peralatan pengajian lebih moden.
V. PEMBAHARUAN PENDIDIKAN ISLAM
Tradisi belajar yang telah ada pada masa Nabi terus berkembang pada masa-masa sesudahnya, dan sebagaimana tercacat dalam sejarah bahwa puncak kemajuannya tercapai pada masa khalifah Harun al-Rasyid dan al-Makmun yang berpusat di Bagdad, dan pada masa kejayaan ‘Usmaniyah di Spanyol dan Cordova yang berlangsung sekitar delapan abad [711-1492 M] (Hasan Langgulung,1986:13), kemudian sistem pendidikan Islam itu diperluas dengan sistem madrasah yang mencapai puncaknya pada Madrasah Nidzamiyah yang didirikan di Bagdad oleh Nizam al-Mulk (Muhammad Munir Mursi, 1975 : 98).
Kemudian dengan runtuhnya dinasti Abbasiyah maka Islam terpuruk dari kejayaan. Pendidikan yang diselenggarakan tidak lagi mengacu kepada dan mengantisipasi zaman yang sedang berubah dan bergulir. Umat sibuk “bernyanyi” di bawah payung kebesaran masa lampau dengan sistem politik dinasti yang otoriter. Proses penyadaran kembali terhadap tanggung jawab global umat ternyata memakan tempo yang lama sekali, karena pendidikan yang diselenggarakan sangat konservatif dalam arti menjaga dan melestarikan segala yang bersifat klasik. Daya kritis dan inovatif hampir-hampir lenyap sama sekali dari ruangan madrasah, pondok, dan lembaga pendidikan lainnya di seluruh negeri Muslim.
Dalam pembaharuan dapat dilihat mengenai pendapat seorang tokoh pemikir Islam, yang berpengaruh dalam pembaharuan Islam yaitu Fazlur Rahman yang memiliki latar belakang tradisi keilmuan madrasah India – Pakistan yang tardisional dan keilmuan Barat yang liberal.. Dalam perkembangan pemikirannya, Rahman, tidak hanya melihat perubahan sistem pendidikan di Turki, Mesir dan Pakistan tetapi juga melihat percobaan pembaruan yang dilakukan di Indonesia.
Rahman menilai modernisasi al-Azhar, sebagai sampel lembaga pendidikan ilmu-ilmu keIslaman, sekalipun telah diupayakan semenjak abad ke 19, dapat dikatakan tak berubah dalam prosisi intelektual spiritualnya. Namun menurut Rahman, efek pembaruan pada al-Azhar baru dirasakan dalam lapangan reorganisasi, sistem ujian, dan pengenalan pokok-pokok kajian baru, dan tidak dalam kandungan ilmu-ilmu Islam inti seperti teologi dan filsafat.
Sabtu, 23 Januari 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar